Soalan Lazim

Bolehkah isteri/ suami kakitangan menyertainya?

 

Jawapan:

Boleh, melalui potongan gaji kakitangan. Had sumbangan tidak boleh melebihi had kakitangan.

Adakah terdapat tempoh menunggu?

 

Jawapan:

Ada. Satu bulan bagi perlindungan penyakit kritikal. 6 bulan tempoh menunggu untuk sebarang jenis perlindungan bagi individu mempunyai sakit sedia ada. Perlidungan kemalangan adalah secara automatik selepas bayaran diterima oleh syarikat takaful. Perlindungan bukan kemalangan adalah selepas sijil dikeluarkan (dalam tempoh anggaran masa 21 hari) bayaran peserta sampai ke Syarikat Takaful.

Bagaimana tuntutan ilat / kematian dibuat?

 

Jawapan:

Kematian biasa, sijil kematian dan laporan polis (bagi kes kemalangan).

Bagaimana membuat tuntutan wad hospital dan ragut?

 

Jawapan:

Elaun hospital - Nota perubatan/Nota discaj wad/ cuti sakit dan pengesahan Pegawai Perubatan wad hospital pada borang tuntutan. Bagi kes ragut / hilang dokumen - laporan polis dalam tempoh masa 8 jam setelah kejadian. Bukti salinan asal slip urusan ATM

Bagaimana nak buat sumbangan bulanan?

 

Jawapan:

Melalui potongan Biro Angkasa atau Potongan Majikan/Jabatan atau Potongan Kesatuan.

Bolehkah ditambah unit potongan pada masa hadapan?

 

Jawapan:

Tidak boleh

Tempoh matang sijil?

 

Jawapan:

Sehingga umur persaraan atau tamat perkhidmatan dengan kerajaan.

Berapa kali tuntutan boleh dibuat bagi kes ragut ATM/ hilang dokumen?

 

Jawapan:

Tuntutan kes ragut boleh dibuat setiap tahun. 1 tuntutan setahun. Slip simpan resit transaksi/sebarang bukti anda berurusan dengan mesin ATM

Apakah penyakit kritikal?

 

Jawapan:

Semua jenis penyakit yang disahkan oleh doktor yang diiktiraf oleh kerajaan (36 jenis)

Berapa kali layak untuk mendapat manfaat penyakit kritikal?

 

Jawapan:

Sekali seumur hidup.

Apakah sijil ini mempunyai nilai simpanan apabila matang kelak?

 

Jawapan:

Ya, ada. Kadar simpanan adalah lebih kurang 35% daripada jumlah sumbangan. Jumlah simpanan sebenar beserta dividen adalah bergantung pada tahun semasa. Sila rujuk illustrasi simpanan

Bolehkah pihak konsortium hadir memberi taklimat di pejabat saya?

 

Jawapan:

Boleh. Pihak kami sedia hadir mengikut kesesuaian masa bersama. Sila nyatakan melalui maklumbalas yang disediakan di website ini

Bagaimana memohon atau menyertai Takaful ini?

 

Jawapan:

Anda boleh download borang permohonan yang terdapat di website ini.di bahagian "Muat Turun - Borang Permohonan". Isikan dan hantar ke Konsortium Takaful CUEPACS, Wisma CUEPACS, 34A, Jalan Gajah off Jalan Yew, Pudu, 55100 Kuala Lumpur.Isian borang secara 'online' di website perlu dicetak dan tandatangan dan dipos ke alamat di atas

Bagaimana untuk dihubungi melalui telefon?

 

Jawapan:

Puan Aizan Ismail (012-3393573)

Cik Nurul Ain (012-3583573)

En. Mazuki Zakaria (019-3664025)

En. Mohd Fairus Abu Bakar (012-2013537)