Penerangan

Takaful Gadaijanji Ikhlas CUEPACS

Apakah yang dilindungi oleh Takaful Gadaijanji?

Sekiranya berlaku kematian dan keilatan kekal dan menyeluruh, Takaful Gadaijanji akan melangsaikan amaun pembiayaan yang belum dijelaskan. Apabila musibah menimpa, Takaful Gadaijanji dapat meringankan beban keluarga yang ditinggalkan dan waris tidak perlu menanggung baki hutang atau menjual kediaman yang dicagarkan bagi menjelaskan baki hutang.

Kenapa Takaful Gadaijanji IKHLAS-CUEPACS?

Takaful Ikhlas Sdn Bhd adalah salah satu ahli dalam Konsortium Takaful CUEPACS. Melalui kerjasama ini para penjawat awam boleh melantik pihak Dar Al Istithmar Sdn Bhd selaku penyelaras konsortium sebagai agen untuk mengurus dan berkhidmat bagi perlindungan Takaful Gadaijanji pinjaman perumahan anda. Sebahagian sumbangan (bayaran) Takaful Gadaijanji anda akan diperuntukkan kepada Tabung Kebajikan CUEPACS bagi membantu para penjawat awam yang ditimpa musibah atau kecelakaan.

Ciri-ciri istimewa lain:

1.       Manfaat Kematian akibat penyakit dan kemalangan. (Manfaat Takaful ini dijamin oleh dana Tabarru’).

2.       Manfaat Keilatan Kekal dan Menyeluruh akibat penyakit dan kemalangan (TPD). (Manfaat Takaful ini dijamin oleh dana Tabarru’).

3.       Manfaat Khairat Kematian (Manfaat Takaful ini dijamin oleh dana Tabarru’:

    1. RM1,000 untuk perlindungan di bawah RM56,000.
    2. RM2,000 untuk perlindungan RM56,000 ke atas.

    ***Ini hanyalah satu penerangan ringkas. Kandungan sebenar program adalah seperti
    dalam sijil kontrak asal.***