Pengenalan

Konsortium Takaful CUEPACS adalah satu jalinan kerjasama dan pernyataan komitmen semua pihak yang terlibat untuk memberikan tawaran dan perkhidmatan yang terbaik kepada para penjawat awam dan agensi-agensi  badan berkanun kerajaan.

Dengan hasrat murni tersebut satu Memorandum Perjanjian Persefahaman telah ditanda tangani pada 21 Disember 2010 bersama semua pihak terbabit dan disaksikan dan dilancarkan oleh YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia.