Articles

Penerangan

Pelan Takaful Kasih 1 Cuepacs adalah pelan takaful komprehensif yang menawarkan perlindungan diri disebabkan penyakit dan kemalangan serta simpanan kewangan


Perlindungan  yang ditawarkan di bawah pelan ini adalah: 

1.     Kematian

Sekiranya berlaku Kematian, manfaat takaful Kematian dan mana-mana baki terkumpul di dalam Akaun Peserta (selepas ini dirujuk sebagai ”PA”) akan dibayar kepada pewaris. 


2.     Keilatan Kekal Menyeluruh (TPD)

Sekiranya berlaku TPD pada peserta, manfaat takaful TPD dan mana-mana baki terkumpul di dalam PA akan dibayar kepada Peserta. 

 

 

 

Definisi TPD 

”Keilatan Kekal Menyeluruh” atau TPD bermaksud apabila Peserta tidak berkeupayaan penuh atau lumpuh disebabkan oleh kemalangan atau penyakit dan akibat dari ketidakupayaan tersebut menyebabkan secara keseluruhannya dan berkekalan tidak mampu atau tidak berupaya untuk melakukan sebarang kerja, pekerjaan, perniagaan atau profesion. 

Kejadian berikut akan dipertimbangkan sebagai TPD: 

·         Kehilangan keseluruhan penglihatan pada kedua-dua belah mata; atau

·         Kehilangan atau putus sekurang-kurangnya dua anggota pada atau atas pergelangan tangan atau buku lali; atau

·         Kehilangan penglihatan secara menyeluruh pada sebelah mata dan hilang salah satu daripada anggota pada atau atas pergelangan tangan atau buku lali; atau

·         Kelumpuhan yang menyeluruh.


Dalam pada itu, TPD hendaklah berterusan untuk suatu tempoh sekurang-kurangnya enam (6) bulan. TPD akan dikira bermula dari hari pertama (1) ketidakupayaan yang sedemikian berlaku.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

3.     Keilatan Separa Kekal (PPD)

Sekiranya berlaku Keilatan Separa Kekal (selepas daripada ini dirujuk sebagai ”PPD”) terhadap peserta dalam tempoh Sijil berkuatkuasa, manfaat takaful PPD yang telah dinyatakan (mengikut sejumlah skala peratusan yang dinyatakan dalam sijil induk) akan dibayar kepada Peserta.  


4.     Penyakit Kritikal Pra-bayar(CI)

Sekiranya Peserta disahkan menghidap mana-mana daripada tiga puluh enam(36) penyakit kritikal (selepas ini dirujuk sebagai ”CI”) sebagaimana yang ditakrifkan di dalam Sijil Induk, manfaat takaful CI akan dibayar kepada Peserta, diman jumlah manfaat takaful CI tersebut akan ditolak daripada jumlah manfaat asas dan akan dibayar kepada Peserta.
 

5.     Elaun Harian Hospital (DHA)

Elaun Harian Hospital (selepas ini dirujuk sebagai ”DHA”) adalah pembayaran balik perbelanjaan kepada Peserta sekiranya Peserta telah ditahan di dalam wad/dimasukkan ke hospital kerana penyakit atau cedera semasa tempoh Sijil berkuatkuasa. 

Elaun yang dibayar = jumlah hari di dalam hospital x manfaat harian 

Maksimum dibayar = seratus dua puluh (120) hari


Tambahan Elaun Hospital Harian akibat kemalangan adalah sebanyak RM 100.00 sehari sehingga 120 hari akibat dari kemalangan sahaja.

6.     Perbelanjaan Perubatan (ME)

Pembayaran balik perbelanjaan perubatan Peserta yang disebabkan oleh kemalangan akan dibayar balik sebanyak RM 1,500.00 setahun.


7.     Perbelanjaan Pengkebumian Peserta

Sekiranya Peserta Kematian akibat Kemalangan, manfaat FE sebanyak (RM4,000.00) akan dibayar kepada pewaris.

8.     Pembelian Kerusi Roda/ Kaki Palsu

Sekiranya berlaku Kemalangan oleh Peserta di mana Peserta telah dinasihatkan oleh seorang pengamal perubatan yang bertauliah untuk mengguna kerusi roda / kaki palsu, pembayaran balik perbelanjaan tersebut akan dibayar sehingga RM2,000.00 secara keseluruhan.


9.     Tambahan Elaun Ehsan (CA)

Sekiranya berlaku Kematian Akibat Kemalangan pada Peserta, manfaat (CA) sebanyak (RM1,000.00 akan dibayar kepada pewaris sekaligus.


10.   Tambahan Pampasan ketika menghadiri Latihan Luaran

Jikalau berlakunya kematian semasa menghadiri latihan luaran(outdoor training) sebanyak RM 25,000.00 akan dibayar kepada pewaris untuk faedah (1) dan sehingga RM 30,000.00 akan dibayar kepada anda / pewaris bagi Keilatan Kekal untuk faedah (2).


11.   Pampasan berganda ketika menghadiri Latihan Dalaman

Jikalau berlakunya kematian semasa menghadiri latihan dalam (indoor training)sebanyak RM 40,000.00 akan dibayar kepada pewaris untuk faedah (1) dan sehingga RM 60,000.00 akan dibayar kepada anda/ pewaris bagi Keilatan Kekal untuk faedah (2).


12.   Kehilangan dokumen akibat kes ragut sebanyak RM300.00 secara keseluruhan.


13.   Kehilangan wang akibat kes ragut sebanyak RM150.00 secara keseluruhan.

* Pelan takaful ini diuruskan oleh Hong Leong MSIG Takaful (HLM Takaful) , Ahli Konsortium Takaful CUEPACS.

Untuk mengetahui jumlah manfaat bagi sumbangan anda, sila lihat Jadual Ringkasan Manfaat dan Jumlah Sumbangan Takaful Kasih 1 Cuepacs di bawah ini.

   ***Ini hanyalah satu penerangan ringkas. Kandungan sebenar program adalah seperti
dalam sijil kontrak asal.***


SENARAI 36 PENYAKIT KRITIKAL..


SOALAN LAZIM...